Pengikut

Powered By Blogger

Selasa, 22 Februari 2011

jawapan kepada sape yang cakap xleh guna perkataan salam

Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ 

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?

p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.

cara-cara nak tulis surat cinta...

tidak dapat dinafikan soal cinta seolah-olah menjadi satu topik utama kita pada hari ini
sampaikan ade yang sangup begaduh...bunuh diri...kene buang kerja...dan macam-macam lagi la
tp kalu cinta itu membawa pada suatu penamat yang membahagiakan...ape salahnye mencuba kan
sini ade sket contoh surat cinta...sebagai panduan pada sape-sape nak bercinta la hehehe





haaa budak-budak pon pandai tulis surat cinta.....terkenang plak zaman sekolah dulu-dulu.....

Sabtu, 19 Februari 2011

tune talk

Produk : TuneTalk - Tone Excel
Jenis Produk : Sim Kad Starter Pack
Harga : RM70 (sekali sahaja)

Fungsi serta kelebihan:
  1. Tambah Pendapatan Sampingan sehingga RMxx,xxx
  2. Insurans Percuma sebanyak RM100k dari Etiqa Maybank
  3. Mendapat mata ganjaran setiap kali top-up dan boleh tebus untuk dptkan tiket air asia secara percuma
  4. boleh guna no. baru atau kekalkan no. fon yg lama, cuma tukar service provider sahaja.
  5. kadar panggilan sama rata
  6. bila dah buat pasti guna handphone free sebab top-up handphone guna komisen
  7. Kalau top-up RM50 dalam satu bulan layak untuk cabutan bertuah, hadiah RM200 setiap satu
  8. Boleh top-up kat mana2 kedai top-up, shell, 7-E dll.
  9. Program sah hasil dari kerjasama syarikat tune talk serta tone excel sdn. bhd.
  10. serta banyak lagi kelebihan2 yg lain.
untuk maklumat lanjut boleh layari www.tunetalkprepaid.com/ali atau www.toneexcel2.com

Khamis, 17 Februari 2011

bermulanye sekeping gambar

dalam dunia hari IT hari nie yang serba canggih...otak manusia semakin ligat mencari sesuatu demi kepuasan diri sendiri....zuan ingatkan pada semua yang menggunakan pc,lptp atau ape jua medium laen yang membolehkan seseorang itu memasuki dunia internet berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja...terutamanya apabila upload gmbr....

jom kite pakat tgk gambar yang boleh "bercerita"


gambar nie pada zahirnye biasa sahaja....tapi???
versi ali baba

batmen??

doremon pon ade








so camtu la kesimpulannye...ini cume sebahagian sahaja...ape kate korang pk sedalam-dalamnye sebelum uplode gmbar korang sume masuk kat laman social....hati-hati hacker makin ramai

zuan:-pilih-pilih

Rabu, 16 Februari 2011

islam hari ini??






zuan pon pening dengan kehidupan umat islam di malaysia hari nie...xtaw la nak cakap ape tp islam hari nie
nampak je islam tapi mengamalkan cara hidup bukan islam kenapa??

adakah kerana islam tue mengongkong umatnye???mane ade beb...islam tak pernah pon wak camtu kat umatnye

tapi hari nie...kite tengok penganut-penganut2 agama islam dok sibuk merayakan hari yang haram dirai
bagi umat islam cam valentines,krismas,deepavali,ape tah lagi halloween

cube korang sume pikir dalam islam nie tak cukup perayaan lagi ke sampi kite nak g sambut perayaan yang memang jelas diharamkan dalam islam??

ok la sebagai contoh valentines...sudah terang lagi bersuluh valentines tu diharamkan atas banyak sebab...kenape kite masih nak sambut??lau valentines tidak dinyatakan haram pon...korang pikir la...barang paling banyak dibeli sempena valentines nie ialah kondom...bkn bunga ros...nak wak pe kondom?nak tanam bunge?

hari krismas plak....yang korang sibuk-sibuk dok sambut tu kenapa?asal usul krismas pon xtaw...dok pakat nak sambut...mentang-mentang la malaysia nie berbagai kaum ade....krismas tu sebenarnye hari ulang tahun kelahiran jesus christ...korang nak sambut ke beday kaum laen?weh2 hari ulangtahun kelahiran manusia teragung pon korang xtahu bile...bengom

islam hari ni zuan tengok cume islam pada i/c sahaja...yela...senang sket nak wak pape urusan kan...smbhyg pon tidak...nak islam camne?kite patut bersyukur sebab Allah dah makbulkan doa Rasullullah s.a.w....korang sume taw ke pe doa Baginda?Baginda berdoa supaya umatnye tidak menerima hukuman diatas dunia diatas pe yang dah dorang lakukan...Baginda jgk berdoa supaya jangka hayat manusia akhir zaman nie tidak lebih dari 60thn

tapi ramai yang lebih?knp?sbb Allah sengaja bagi umur dorang lanjut sbb nak tgk adakah korang sume bersyukur diatas rahmat yang dah DIa bagi...zuan tgk xda....i mean...yang ade tu...ada la...yang xda nie la zuan dok cakap...


lau nak tulis satu-satu masalah orang islam sekarang tak taw la sampai bile baru habis zuan taip...pape pon korang lihat la disekeliling korang sume...mase kemungkaran berlaku...ape yang korang buat???? 

Selasa, 15 Februari 2011

terima kasih

dikala artikel nie ditulis...pengunjung blog zuan dah mencecah 500 lbh dikesempatan nie zuan nak ucap kan terima kasih banyak-banyak. semoga korang sume akan terus mengunjungi blog zuan n blog yang laen jugak sebgai tanda sokongan


meh same-same kite bace plak kisah budak-budak menulis karangan sekolah...haaa bace la bez taw
nak pecah perot suke hahahaha




hahaha so sape-sape pernah tulis x karangan camni mase kecik-kecik dulu??haa ngaku la cepat...malu-malu plak hahahaha

Isnin, 14 Februari 2011

perkara yang membengangkan time ngail

-dah berjam-jam ngail ikan sampai mimpi siti nuhaliza...tapi tak dapat-dapat ikan...bile pandang orang sebelah yang baru sampai...dah sebakul ikan die dapat

-time ikan dah makan umpan tu...org sebelanh yang baru blajar mengail plak nak tunjuk ajar...mata kail pon tak reti ikat

-bila ikan makan umpan...orang sebelah buat bodo je sampai berbelit-belit tali korang dengan tali die
-dah la payah nak dapat seko ikan...member yang seko nie plak pegi tibai bawak balik dengan muke selambe sambil isap rokok daun

-pas dapat seko ikan..ade la umat manusia yang datang tak dijemput nak tengok ikan tu...laz-laz terlepas...dengan muke selambe beliau berkata...aku ingat ikan tu tido...

hahahaha aktiviti memancing nie memang bez...tenang dan menguji kesabaran...tapi jangan la sampi kite hilang sifat-sifat sabar tue plak...haa sape-sape ase nak beli batang joran n mesin jenama ajking bagitau la yer...umah zuan nie ade sekotak...orang bagi...so xkan nak pakai belake kan2...kontek2 la kat email zuan yep

Sabtu, 12 Februari 2011

kiamat 2

ari  2 zuan dah siarkan 1 artikel kiamat tahun 2012
arini nak siarkan artikel terbaru lak yang zuan ambk sumber dalam surat khabar kosmo bertarikh 12/02/2011
menurut surat khabo nie

kiamat dijangka berlaku pada 13 april 2036 plak sebab sebuah astroid yang lebih besar dari padang bola sepak dijangka akan langar bumi pada tarikh tersebut akibat ketiadaan brek kaki hahahaha
kalu hal nie blaku mmg kiamat akan berlaku sbb ramai yang akan terbunuh termasuk makcik yang sdg makan nasi lauk ikan sardin

menurut ketua program objek dekat bumi kat nasa nung Donald Yeomans kate pada 2029 objek tu akan berada sgt dekat ngn bumi


gane-gane pon saintis amerika kate kebarangkalian utk objek nie lango bumi adalah sangat kecil
dan zuan ckp sebagai orang islam plak xyah nak caye sangat la mende nie
kuasa Allah blake nie
mintak petunjuk ngn Dia lagi senang...kiamat blaku bile pon xkisah la jnji kite sume kene caye kiamat mmg akan berlaku sebab dah termaktub dalam rukun iman ke 5-percaya hari kiamat
so kalu korang xcaye ari kiamat bermakne iman korang 2 maybe terbatal atau xsempurna...so wakpe nak peningkan kepale pikir bile nak kiamat
baik la kite beribadah je pada Allah swt tu la sebaik baiknye kan
macam-macam hal la mat saleh nie
astroid nak langgar bumi plak...macam cerita armageddon la plak
korang dah tgk ke?kalu blom jom tengok same2

Jumaat, 11 Februari 2011

valentines day??

arini mmg teras nak tulis sal ari haram nie..tp memandangkan dah ramai yg tulis sooo zuan copy paste je la dari blog http://amenoworld.blogspot.com so korang bace la pe yg brader senior zuan nie cakap ye



Leceh betul. Satu perkara pun nak ulang cakap sampai berpuluh-puluh blog menyiarkan perkara neh. Ada yang mempertahankan valentine. Ada yang marahkan valentine. Ada yang keliru samada patut ke tak patut sambut valentine. Benda remeh cam neh pun nak bertekak bagai nak rak. Ini baru isu kecik. Isu kecik cam neh sepatutnya takdelah bebankan kepala hotak. Tetapi ntah camne benda-benda camne lah mereka pusing berdarjah-darjah untuk kelirukan penganut-penganut islam di malaysia. Heh

Setiap perkara mesti ada asas. Setiap perkara mesti ada permulaan. Kena kaji apa itu asas dan permulaan kepada valentine itu sendiri. Memandangkan Allah swt tak terangkan pasal valentine dalam Alquran kepada kita, jelaslah kita kena pergi buat research sendiri. Hasil research aku mendapati bahawa ;

1. Kisah [lagenda] paderi valentine yang sering diperkatakan oleh masyarakat kebanyakan kita boleh diragui sumber keasliannya.

2. Menerusi wiki yang aku baca cincai boncai pasal malas, dia [penulis yang juga boleh diragui keamanahannya dalam menyampaikan mesej] mengatakan tiada elemen-elemen romantika dalam asbab kematian paderi valentine. Entah kenapa tema kasih sayang [romantik] dengan kematian paderi ini boleh terkait. Faktor masa menyebabkan ramai orang mula salah tafsir.. Memang aku percaya. Manusia suka mengumpat dan membuat persepsi sendiri. Contoh terdekat ialah aku sendiri. Lihat sini

3. Paderi valentine mati pada 14 february juga tidak dapat dipastikan. Apa yang ada cumalah dia dikuburkan pada 14 february. Tarikh kematian tidak dapat dikenalpasti. Paderi-paderi kristian juga secara teknikalnya tidak tahu kesahihan fakta-fakta valentine neh. Apalah yang kita boleh harapkan pada mereka sedangkan mereka pun main ubah je kitab asal injil tue kan? [maaf enh penganut kristian, walaupun saya taknak cakap tapi benda neh fakta, kita kena terima okeyh]. Lihat sini.

4. Terdapat pelbagai mitos dan lagenda kenapa valentine disambut dibeberapa negara barat yang kemudian nya turut tersebar ke negara-negara arab dan asia.

5. Antara mitos yang aku baru amek tahu.. [dulu aku tak pernah amek tahu.. siyes aku tinggalkan valentine itu demi akidah ku bukan demi mitos] 

Hari valentine ini diraikan sempena mengingati perngorbanan dan jasa-jasa paderi valentine terhadap rakyat rom suatu ketika dulu. Paderi valentine neh pernah memujuk pemerintah rom [raja] untuk menganuti kristian tetapi ditolak oleh pemerintah ketika itu. Askar-askar [lelaki] rom pada ketika itu konon nya tidak boleh berkahwin atas alasan perkahwinan akan melemahkan kekuatan fizikal mereka. 

Namun secara senyap-senyap paderi valentine mengahwinkan juga askar-askar muda rom kepada pasangan masing-masing. Apabila penguasa rom mendapat tahu akan perbuatan paderi valentine, dia jadi marah dan memanggil paderi valentine mengadap. Ketika sesi soal-jawab, penguasa rom sempat memujuk paderi valentine agar menukar agamanya kepada agama pagan [animisne = atheis = tiada kepercayaan kepada agama]. Jika paderi bersetuju, penguasa rom akan membebaskan paderi valentine daripada sebarang hukuman tetapi paderi valentine enggan. 

Kerana marah, paderi valentine dijatuhi hukuman mati. Sebelum mati, paderi valentine telah menyembuhkan seorang perempuan yang buta. Dan ketika dijatuhkan hukuman mati, paderi valentine telah menghantar sekeping kad kepada gadis tersebut sebagai tanda ingatan/kasih sayang. Aku pun tak sure. Maklumat neh bersepah dalam google. 

6. Namun kisah di atas ini [dan lain2 kisah] telah banyak kali menjadi pertikaian di barat. Mereka mengatakan bahawa kisah yang diperkatakan dalam valentine day itu adalah mitos dan bukan nya fakta.

7. Kenapa barat sibuk2 nak pertikaian kesahihan citer di atas, aku tak pula nak amek tahu. Cuma nak bagitau memandangkan orang barat pun mencucuk mitos kristian neh, apakata kita owang islam pun cucuk gak mitos kristian neh?

8. Sabar dulu bukan aku nak create perang salib version II ke ataupun the remake of perang salib, cuma nak memperjelaskan je bahawa orang2 kristian [orang islam pun sama gak] neh suka betul lah mengada-ada kan apa yang tiada. Heh

9. Dah kalau macam tue, apa je ada hal orang-orang islam sibuk nak celebrate menda alah neh hah? Ceh, dah kantoi dah taktik paderi-paderi kristian.

10. Negara seperti jepun dan korea celebrate valentine neh secara meriah. Mungkin sebab tiada kepercayaan kot. Yelah dorang neh bukan macam kita orang islam. Busy nak mampus 24 jam. Solat wajib je ada 5x. Itupun belum masuk bab zakat, puasa dan menunaikan haji. Time dekat2 nak raya pun busy. Tak kiralah raya apa sekalipun. Pendek kata orang islam memang busy so kalau dah busy apa ke hel nya nak sambut valentine yang dimitoskan oleh kristian agar diraikan oleh setiap manusia di seluruh pelosok negara?

11. Di samping itu sambutan valentine ini juga sebenarnya satu pembaziran. Peniaga mula fikir untung segera dengan menawarkan product-product makanan seperti coklat dan bunga konon nya untuk meraikan rasa kasih sayang. Padahal nak bagi korang gemuk weh!!! Ble dah gemuk mulalah slimming centre bagi diskount untuk kurus pula... Bunga-bungaan pula selalunya tak laku time hari-hari biasa. Biasanya hari-hari cam neh lah bunga tetiba laku.. ceh. Mengekplotasikan mitos valentine untuk mengenakan kita sebagai pengguna. Peniaga itu sesat. Sesat mencari untung. Heh.

12. Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan sambutan valentine neh memang ada kaitan dengan kristian. Kristian secara teknikalnya tiada perayaan tersendiri. Krismas tue pun entahlah.. tak tercatatpun dalam bibble dorang kan? Dalam islam ada macam-macam perayaan.  Mungkin kristian melihat perkara tersebut dan mulalah mencipta pelbagai mitos dan etc.. untuk membolehkan mereka pun ada sambutan macam orang islam. 

13. Walaupun lagenda valentine adalah satu mitos tetapi ianya tetap tercatat sebagai salah satu hari yang diraikan oleh penganut kristian di seluruh dunia. Yang tak kristian pun raikan gak. Tukar format kepada tema kasih sayang.. tetapi tak tukar asas kepada sambutan [fakta kes kenapa hari valentine tercipta].

14. Mungkin tujuan penganut kristian pada ketika itu adalah baik. Iaitu mahu memperuntukan satu hari khas untuk tema kasih sayang tetapi sayangnya hari itu telah disalahertikan. Sebab kebanyakkan pada hari itu orang islam busy buang duit dan buang tenaga untuk berseks.

15. Lagipun tiada matlamat dan niat yang khusus diperincikan kenapa orang kristian pada ketika itu sibuk mempromosikan valentine neh.

16. Maaf sekali lagi, tiada niat pula nak bercerita pasal kristian kat sini tetapi nak buat macam mana, fakta valentine neh memang sedikit sebanyak terkait dengan ajaran kristian. Kepada orang2 kristian yang matang, mereka faham benar saya ulas berdasarkan fakta setelah menyelusuri sejarah kewujudan hari valentine.

17.  Paling terpenting sekali ialah orang islam sejak dulu lagi suka melebih2. Kalau orang sambut krismas kat umah, dorang sambut krismas dengan party foam. Orang kristian pun kalah. Begitu gak dengan valentine neh. Kat malaysia neh orang islam terover menyambut daripada penganut asal itu sendiri. Ceh. Mereka sambut dengan macam2 stail sampaikan satu saat aku pun terlupa sambutan valentine neh ajaran islam ke ataupun kristian. Heh

18. Mengikut protokol sambutan valentine neh ialah ;

- mesti sambut pada 14 feb tiap2 tahun.
- mesti beli hadiah tak kira laki or perempuan.
- mesti tukar2 hadiah
- mesti beromen bagi membuktikan tanda cinta masing2.

Itu protokol. Kalau korang buat salah satu dan tinggalkan salah satu tak sahlah valentine korang pada hari tersebut. Heh.

Dan kebanyakkan orang2 islam yang sambut memang follow 4 steps neh. Sebab apa?
- orang islam yang belum kahwin takley romen hari2. tak macam org bukan islam. nak romen setiap saat pun takde sapa bising. [so orang2 bkn islam takdelah beria2 nak beromen time valentine].

- so mereka mengambil kesempatan utk beromen time valentine. Ini terbukti menerusi stastistik oleh jabatan pencegah maksiat itu sendiri.

- memandangkan org2 islam dah menukarkan format kasih sayang kepada kasih seks pada hari valentine, memang wajarlah org2 islam neh dibendung dari menyambut hari neh. Lagipun telah dijelaskan tiada faedah yang nyata untuk sambut valentine melainkan mudharat. Mudharat sebab taktahu tujuan valentine secara khusus kenapa ianya diraikan [dicipta] dan mudharat sebab menjurus kepada perlakuan zina, bidaah, khurafat, boros dan mencuri.  



Dan dunia telah membongkarkan muslihat orang2 kristian pada waktu dahulu. Iaitu kisah disebalik sambutan valentine adalah mitos semata2. Ada juga paderi kristian yang mengakui perihal tersebut. Dan meminta jangan kaitkan valentine dengan kristian lagi. So kesimpulan nya valentine neh adalah satu sambutan yang direka2 seperti sambutan merdeka dan etc. Tetapi apa sebab orang islam nak sambut hari yang dimitoskan untuk meraih populariti dan keuntungan neh? Lue fikirlah sendiri.

Rabu, 9 Februari 2011

kiamat??

salam...petang tadi terjumpa la kawan mase politeknik dlu...die berbangsa cina menganut ajaran buddha...tengah-tengah syok sembang tue..tetiba die tanya lak...eh btl ke kiamat akab berlaku tahun 2012
zuan pon tanya la...kalu ko nak tahu..aku bleh bgtahu..tp ko nak tahu melalui pemahaman agama aku ke camne??

die jawab ikut ko la..janji aku paham sudeh...soo zuan pon cite la...sebenarnye kiamat dah pon berlaku
die terkejut...btl ke ko ni??zuan ckp la ye...memang kiamat sudah berlaku...tapi kiamat kecil macam yang pernah  Rasullullah s.a.w bersabda


<-----(islam ke kayu golf nie????)



-'Bahawasanya setengah dari tanda-tanda hari kiamat ialah; ilmu diangkat; nampaknya kebodohan; perzinaan tersebar luas; khamar (arak-minuman keras) diminum dengan tanpa segan silunya; kaum wanita lebih banyak dari kaum lelaki'-

die ty lagi so memang betul la kiamat akan berlaku pada 2012??hish ko nie ang..xabez2 ngn 2012..tu la banyak sangat tengok cite yang ntah ape-ape...kiamat besar mmg akan berlaku..tapi takde sape pon yang tahu...sbb 2 rahsia Allah...ko tahu ke sape Allah?Allah la pencipta alam n kite sume nie mengikut ajaran agama islam...aku nak cite lebih-lebih kang kua topik lak

(islam ek??bkn la nie la biskut meri)
lagipon ang..zuan org islam kalu zuan percaya kiamat berlaku pada 2012...maknenye zuan syirik...yang bermaksud menduakan Allah....mane leh satu kapal ade 2 ketua der....
ke gane saing-saing???

Selasa, 8 Februari 2011

cerita

elop kengkawan blake seme....mlm ni wase cam nok tulis situasi yang pernah blaku keatas diriku la...beberape minggu yg lalu zuan terjumpa la kawan skolah yang mmg dah lame xjupe...sembang punya sembang...upenye dah jadi bos saing lame nie....maklum la anak orang berada tue....bile dok ckp 2 tetibe je azan berkumandang....zuan ajak la die smyg skali...die ckp eh xpela ko pergi la dlu...aku sbuk ade byk kije....ntah xtaw nk ckp ape...cume bile die ckp camtu teringt lak kalu Allah tanye beberape soalan kat akhirat nanti...

seandainya Allah tanya
kenapa ko tak solat?

korang nak jawab camni ke??
aku terlalu sibuk uruskan kerja ku...

kompen Allah jawab
nabiku Sulaiman pemerintah seluruh alam dan mempunyai kerajaan yang paling besar dan tersibuk pon masih lagi sujud  kepadaKu

seandainya Allah tanya lagi
kenapa ko tak solat??

korang nak jawab camni ke??
aku sakit dan xdapat bangun dari tempat ku berbaring...

kompen Allah jawab
tidakkah engkau tahu bahawasanya nabi ku Ayub mempunyai sakit yang lebih terok berbanding dengan dirimu sehingga ditinggalkan anak dan isterinya namun masih boleh sujud kepadaKu?

seandainye Allah bertanya lagi
kenapakah engkau berpaling dari menerima islam sebagai agamu??

korang nak jawab camni ke?
sebab tuhanku telah mengambil sesuatu yang paling aku sayang

kompen Allah jawab
tidakkah engkau tahu bahawasanya semua yang ada dibumi hanya pinjaman??dan aku pernah meminta nabi ku Ibrahim menyembelih anaknye Ismail yang kemudiannye aku gantikan kembali nyawanya dengan seekor kibas sebai korban?tidakkah engkau tahu semua itu hanyalah satu ujian sahaja?

 pe yang zuan tulis nie bukan lah kata-kata sebenar dari Allah...cume nak sume orang renungkan seandainye pe yang zuan ceritakan tu benar-benarberlaku,,,ape akan jadi ngan hidup kite?

renung-renungkan dan xyah beramal la kalu korang rase menyusah...sebaliknye beramal la dengan hati yang ikhlas....

Ahad, 6 Februari 2011

sahabat....

sahabat nie diambil dari perkataan arab yang bermaksud kawan...dari segi istilah plak bermaksud orang yang sempat bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w.....haaa so zuan ase paham-paham la ye sume
bile kite berkawan nie...kot mane-mane pon kene hargai kawan tue...seandainye die ade wak salah silap ke
jangan sesekali kite hukum die...dengar penjelasan die terlebih dahulu sebab islam xajar kite menghukum tanpa usul periksa
islam jugak mengalakkan kite nie kawan molek la....jgn terlalu ikut kawan sampi kite menghancurkan diri sendiri...bile kawan ataw kite sendiri wak salah jgn terlalu mudah mntk maaf seperti "weh aku arap mu dok maroh aku k...no hard feeling la xmaen la trase2 nie"...ungkapan nie mmg mudah dikeluarkan..tp kite xtaw pe perasaan die...so pandai-pandai la jage hati die...seandainye hati kite terluka disebabkan kawan jangan la plak kite pg balas balik...sbb perbuatan kite 2 bkn sahaj berdosa tp leh wak keadaan jadi huru hara...laen la korang rase mmg nak bls kaw2 nak bg pengajaran...dok leh kate mende r lau korang kate gitu hahahaha 
pahtu bile sahabat suh kite pegang rahsia 2...pegang la dengan btl...sbb 2 amanah...kan ke dalam islam ade ckp...sape2 xreti pegang amanah nie tergolong dalam golongan munafik...korang nak jadi munafik ke?jangan bhye 2...smpi mati orang dah xcaye lagi dah...dah la dose...taw dose 2 ape?dose 2 karipap haaa taw x?ape la dose pon xtaw...dose nie balasan buat jahat la...2 pon xtaw...sahabat nie penting dalam hidup kite...lebih penting dari pakwe or makwe...sbb kapel2 nie dalam islam xda ajo pon...lau ajo pon kapel pas nikah ade la setahu zuan la....lau salah mintak tolong betulkan...lgpon kalu kapel blom tentu pkwe or makwe 2 akan jadi teman sepanjang hidup...mksd zuan nikah la...tp lau sahabat sejat..die akan jage member-member...saing-saing...kawan-kawan..die sebaik mungkin...

so saing-saing sume..jagela hubungn persahabatan antara korang dengan jiran korang hahaha,,,,antara korang dengan sahabat korang...neh2...orang terengganu kate...dok soh baloh-baloh la saing molek blake seme hahaha

Jumaat, 4 Februari 2011

rasanye nie hole ape ek??ade pape pandangan?

zuan xtaw la nak bg pendapat pe kat vid nie...tgk n hayati la

sekitar pe yang sedang berlaku lam negaraku malaysia

xtaw la ape nak nak jadi ngn negara kite kan...mesir punya hal kite kat sni lak yg kecoh sampai jadi huru hara...

kisah ultraman

masih ingatkah sume tentang kisah bola sepak piala suzuki yg dimenangi oleh skuad harimau muda malaya??kisah lazer??tentu korang masih ingt lagi sape yg lazer pemain negara jiran kan....alaaa dah lupe ke?ni la tuannye yg main lazer 2....
syok betol die punye lazer kan...korang taw ke sape ayah die??laaa xtaw jgk?xpe2 nie ic ayah die yg sempat zuan ambk


haaa dah tau dah ker?dok kL je upenye die nie....sampaikan nak msk stadium pon dah xleh bawak die dah...nak bukti?


haaa sian die kan?tapi baru-baru nie blaku satu kes taw...mase die tengah lawan monster tetibe power die hilang...alaaa xcy jgk ke?tgk la video yg orang jepun rakam nie


hahahahaha zuan xsalah...korang yg salah hahahaha....xtaw xtaw lari-lari hahaha.....

islam di amerika

reaksi orang bukan islam terhadap orang islam...perlu diingatkan video ini menunjukkan perbezaan mazhab...so harap2 jangan salah paham ye