Pengikut

Powered By Blogger

Ahad, 20 Mac 2011

ape yang hendak dibanggakan??

sebut je malaysia....mesti kite sume bangga....sebab ada banyak benda yang buleh dibanggakan...rakyat yang bercampur aman damai (yeke??)

tadi aku berkesempatan cakap ngan warga indonesia yang sudah lama berada di negaraku yang tercinta nie...cakap punya cakap...die bagitahu la die kerja buruh kasar je...die cakap banyak dah bangunan yang die buat...waaa patut la banyak yang runtuh hahahahaha

betol pe yang die cakap...hari ni kite berbangga ngan KLCC tapi disebalik bangunan yang gah berdiri tu sape yang bina?sape arkitek??

cam masjid kristal yang berada dikawasan taman tamadun islam di kuala terengganu...majoriti pekerjanye adalah indonesia dan bangla...arkiteknye orang australia...mane orang kite??orang malaysia mane??
orang kite hebat...mane ade kerja camtu...orang kite ramai yang jadi doktor...sendiri...

mati ketika berperang dengan motor pihak lawan...rempit la tu...so ape yang nak kite bangga??rekod jenayah disetiap negeri menunjukkan semakin naik kalu turun pon xbanyak...

ape yang kite nak bangga???maruah??mane maruah bangsa kite??aiii teremosi lak


bangunan nie sume...sape yang buat??aduhai bangsaku.....perjuangan kite belom selesai....

Khamis, 17 Mac 2011

tsunami

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianyamerupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4.Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter. 

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.

Selasa, 15 Mac 2011

maaf la aku copy dari fan page revolusi anak muda malaysia...diharap sume buleh sokong RAMM

Mustafa Kamal Ataturk : Matinya Dalam Hina..!!

oleh Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ] pada pada 15hb Mac 2011 pukul 4.24 ptg
Buat tatapan pemimpin negara dan tokoh – tokoh agama yang ada didalam negara 1 Malaysia ini.…. samada sedar, tidak sedar dan membuat tidak sedar sejarah yang berlaku kepada Bapa Moden Turki yang mati didalam sehina - hinanya diatas dosa – dosa yang dilakukannya. Di negara ini anak – anak muda yang kaki bola pula mereka hanya kenal pemain – pemain bolasepak Turki di Liga Jerman dan liga – liga Eropah atau yang pernah muncul dalam Piala Dunia...mungkin mereka tak tahu sejarah tokoh ini.

Untuk tatapan dan peringatan kepada pemimpin yang sombong dengan hukum – hukum Allah. Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK??  Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama.

Tanggal 3 Mac 1924  merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat.

Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M). Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan dengan kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Sekular adalah memisahkan agama dengan semua kehidupan..!!


Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya.

Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!

Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Sehubungan dengan akhbar - akhbar tempatan negara yang tugasan rasminnya mengampu pemimpin negara jangan sekali - kali memutar belitkan sejarah pemimpin Turki ini...lebih baik bongkarkan cerita kisah ` three stoogers ` ke ` seluar dalam mahal` imelda Marcos ` yang seharga dengan Rosmah ke dan itu lebih baik bagi kamu.


PM Malaysia menjadikan Kamal artatuk adalah idolanya,  ANDA FIKIR LAH SENDIRI..!

Ahad, 13 Mac 2011

salam takziah

selama beberapa hari aku menyepi dari meng-update-kan blog aku....bukan sebab bz tapi sebab aku ase cam sedih tgk keadaan di jepun...ribuan mangsa terkorban akibat tsunami

bile bencana alam melanda...segala teknologi pon xkan mampu menghalangnye...jepun sebuah negara yang amat membangun dari segi teknologi..kemajuan teknologinye jauh meninggalkan negara-negara barat

tapi bila bencana alam datang...ribuan manusia terkorban akibat bencana...tapi ade jugak yang terkorban serta menderita akibat teknologi...contohnye loji nukler yang rosak terok serta mengakibatkan pembebasan gas kimia yang merbahaya....

bencana tsunami kali nie sangat besar sehingga tanah air tercinta turut terkena tempiasnye....adakah ini tanda kemarahan Allah swt pada sume manusia setelah kite sume banyak melakukan kemungkaran pada bumi ciptaan Illahi ini??

sesunguhnye mari la kite sume mengangkat tangan memohon kemaafan dari Allah swt setelah segala musibah yang melanda...tanda kite bersyukur kerana masih hidup dan tanda kite menginsafi segala kemungkaran yang dah kite lakukan...YaAllah tuhanku..ampunkan dosa kami...kami lalai dari mengingati Mu....kami ingkar arahan Mu untuk menjaga bumi ini seperti mana yang telah Engkau amanahkan pada kami untuk menjadi Khalifah serta menjaga bumiMu....ampunkan kami....ampunkan kami ya Allah tuhan sekalian alam.............

Jumaat, 11 Mac 2011

tsunami di jepun : mesti baca!!!!!!!!!!!!!!

Gempa Magnitud 8.8 Skala Richter Landa Jepun, Wisma Putra Buka Bilik Operasi
TOKYO: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.
Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.
Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.
Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.
Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.
Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.
SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.
"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.
Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.

sumber:mstaronline

Rabu, 9 Mac 2011

hikayat merong mahawangsa....

esok 10 mac 2011 filem yang menelan bajet 8juta nie bakal masuk pawagan dah...aku leh bagi 5 bintang la untuk cite nie pas tengok die punya trailer....bagi aku cite nie sememangnye kite patut tengok...sejarah kerajaan melayu suatu ketika dahulu sangat agung...kite dihormati....tamadun melayu bukan sahaja gah dirantau asia...tapi di seluruh dunia..buktinya...korang kene tengok la cite ni

alaaa bkn saje nak promote laa...KRU studios tak bagi duit pon aku promote filem die...tapi disebabkan filem nie mengangkat martabat kerajaan tanah melayu suatu ketika dahulu dan hehehe keindahan pantai negeri terengganu heheheh...

tengok trailer die pon dah wak aku tak sabar nak tengok full story...sape-sape xtengok lagi...jom tengok trailer nie dlu
bez ?huhuhu komen sket

Selasa, 8 Mac 2011

selamat meyambut hari wanita

sempena  hari yang mulia nie...aku nak sangat-sangat ucap kan pada sume kaum hawa yang wujud dalam hidup aku khasnye..dan yang wujud atas muka bumi ini amnye...selamat hari wanita...

tanpa wanita tak kan lahir laki...dan tanpa laki tak kan terciptanya wanita...wanita dan laki memang saling memerlukan bagi melengkapkan ekosistem bumi hahahahaha...melalut masuk sains plak hahahaha

kaum hawa nie walaupon dikategorikan lemah seperti yang telah dinyatakan dalam quran...namun jangan sesekali pandang rendah akan kemampuan dorang taw...buktinye dah banyak empayar yang sangat hebat dahulu tumbang kerana sorang wanita

aku xnak bebel panjang sebab aku malas nak taip hehehehe...cume nak uplod gambar yang xda kene mengene ngan topik yang aku cite kat atas tu je buat renungan semua orang....






hebat x??hahaha....lu pikir la sndr

Isnin, 7 Mac 2011

kenangan silam

weh-weh penat pon tak hilang lagi dah wase nak say something kat blog aku yang mengong nie hahhahaha

korang-korang yg dimuliakn sekali...aku ase cam nak cakap perihal mase kecik-kecik dulu je la...aku rase la kan rata-rata dari kite nie mesti masih terkenang lagi zaman budak-budak kang...sebab kata orang zaman budak-budak la zaman paling bez....main ngan kawan-kawan tanpa memikirkan masalah cam nak duit ke awek cun ke..kete beso ke

lau ade pon mungkin la setakat angan-angan saje...yela budak-budak kan suke berangan...cam aku dulu...mase aku kecik-kecik aku suke main perang-perang lam hutan atas kubur jepun kat blakang umah member aku....bezz wooo...samapi merah-merah tubuh kene tembak ngn peluru pokok ape tah...senapang tu kiteorang wak sendiri je pakai kayi pahtu ikat ngan getah

kiteorang main pagi sampai la tengahari...pastu ramai-ramai pg mengaji...petang plak kadang-kadang kiteorang sambung maen tak pon pg ngail...paling malas pon lepak je kat umah sape-sape sambil tengok kartun...huhuhh

lau dah bosan main perang..kami main polis sentri plak...ade yang lari masuk lam sungai...panjat pokok..kebetulan uamh aku nie dekat sangat ngan sungai...korang kenal tak masjid kristal kat pulau wan man?dulu kat situ tempat kami cari udang..perang selut(lumpur)....kami dah bese tengok bom hidup kat pulau tu...dulu pulau tu tempat askar jepun lpk...tingalan kapal jepun pon ade lagi kat pulau tu...

korang tau pale ulor(konda kondi) bez main?mesti bez kan...uih terkenang laa plak kat zaman budak-budak dulu...tapi tak sume orang dapat menikmati kemanisan zaman kanak-kanak....zaman dulu dan sekarang banyak bezenye...sekarang budak-budak jarang yang dok main galah panjang lagi...dorang lebih kenal facebook....

aktiviti sosial sekarang pon terok sangat...ade yang dah pandai main pil khayal seawal usia 12 tahun....satu kenyataan yang amat mengejutkan tol x??tapi tu la kenyataannye....malas dah nak bebel
korang pikir la sendir pe yang aku cakap tu

Sabtu, 5 Mac 2011

kasih ibu

aku xtaw la nak cakap ape...dah banyak kali cakap sal kasih ibu pon xgune jugak sbb remaja rata-rata xpaham pon pe maksud kasih ibu...korang dengar je la lagu nie layan j la ek