Pengikut

Powered By Blogger

Sabtu, 2 Julai 2011

6 perkara hindarkan maksiat


6 perkara hindarkan maksiat..

Mendapat hidayah dari Allah merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya.
Abu Jahal,bapa saudara nabi s.a.w kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak nabi Nuh assalatuassalam.
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah.
Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang.
Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat.
  • Pertama,manakala kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah. 
Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?..
Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?.

  • Kedua,apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah.
Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya. 

  • Ketiga,andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidask melihat apa yang kamu lakukan.
Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah maha melihat ,maha mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan tidur.
Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku. 

  • Keempat,Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya" tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati".
Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan.
Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Mauttentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat.
Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati.
Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat.  

  • Keenam,Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk keneraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU".
Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya enam perkara ini sangat berat bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiaku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah.

Rabu, 22 Jun 2011

Gambaran Hari Qiamat

Gambaran Hari Qiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

Khamis, 16 Jun 2011

langkawi

waaa asenye da lame dah hambe tak update blog nie...bkn malas...tp banyak kerja sangat...kali nie nak post gambar sewaktu lawatan kepulau langkawi la




















tu la sedikit gambar dari lawatan hambe bersama pertubuhan org buta trg (sbm) ke langkawi terima kasih pada yang terlibat...lain kali kite lawat pulau lang tengah plak wakakakakaka.....

Sabtu, 4 Jun 2011

Rabu, 1 Jun 2011

Keutamaan seorang Wanita

oleh Shadaa Shaad
  1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
  2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
  3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
  4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
  7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
  8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.  Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12.  Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.
13.  Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.  Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15.  Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16.  Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17.  Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.  Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.  Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.” 

Sabtu, 28 Mei 2011

Adakah AURAT itu menjijikkan mata???!

oleh BeeLa SiTi pada pada 28hb Mei 2011 pukul 7.37 ptg
Ya, memang benar aurat itu menjijikkan pandangan mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Apatah lagi seorang lelaki yang berada di sebuah pasar, dan tiada seorang wanita pun yang sempurna auratnya ditutup di pasar tersebut. Bukankah ia menyusahkan lelaki tersebut untuk tidak melihat kepada anggota-anggota yang jijik tersebut? Apabila dipalingkan ke kiri, ternampak pula perempuan yang berada di kirinya.

Hendak tundukkan melihat lantai, wanita di di hadapan memakai skirt pula. Sangat menyusahkan orang! Ke mana lagi hendak dilihat? Hendak dipejamkan mata? Sudah berhempas pulas sang lelaki mengalih pandangannya ke sana sini, tetapi wanita-wanita yang tidak sempurna auratnya ditutup masih buat-buat tidak faham. Difikirkan auratnya yang menjijikkan itu menarik, tetapi meloyakan! Bahkan menggelikan!

Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah Subhanahu wata’ala terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(At Tahrim: 6)
Dan Allah Subhanahu wata’ala berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ بِالْغَيْبِ لَهُمْ مَغْفِرَةٌ وَأَجْرٌ كَبِيرٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar.”
(Al Mulk: 12)

Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan..

-Imam Hasan Al-Basri-

~jadi wahai muslimat sekalian,tutupilah auratmu sebelum orang lain tutupkan...tutup tak bermaksud bungkus aurat..(^_^)..kalian akan mendapat dosa dua kali ganda jika tidak menutup aurat..kenapa??sebab kalian telah melanggar perintah Allah iaitu tidak menutup aurat dan telah membiarkan lelaki bukan mahram melihat aurat anda..mahukah kalian menunggu syurga di pintu neraka??nauzubillah min zalik.. jadi,peliharalah aurat kalian..peringatan buat diri saya juga..=)
Wallahu A'lam~ (^_^)

Jumaat, 20 Mei 2011

Matahari terbit dari barat tanpa disedari.

Matahari terbit dari barat tanpa disedari.

Menurut seorang ahli psikologi, berdasarkan kepada penyelidikan lanjutan mengenai anomali (keluarbiasaan), menjelang 2012, sesuatu fenomena membimbangkan diramalkan akan berlaku.

Ramalan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) bahawa dalam beberapa tahun hadapan berkemungkinan berlaku perubahan pada kutub magnet bumi.

Walaupun sukar dipercayai, misalnya NASA mengatakan bahawa pada tahun 2001 bintang kita ‘matahari’, telah mengalami perubahan kutub tersebut.

Namun kerana jisim matahari seragam dan kita tidak tinggal di sana, manusia secara relatif tidak merasakan perubahan berkenaan.

Bumi diibaratkan sebutir telur yang mana kulit telur merupakan dataran dan lautan tempat kita berpijak manakala cairan telur adalah bahan larva logam cair sementara inti bumi adalah kuning telur yang merupakan logam padat pada suhu tinggi.

Inti bumi inilah yang memiliki medan magnet yang keluar dari Kutub Utara menuju Kutub Selatan yang dikenal dengan Sabuk Van Hallen.

Dalam beberapa dekad akan datang, dinyatakan Kutub Utara telah bergeser dalam darjah yang signifikan tetapi tidak dapat dipastikan bila berlakunya pergeseran di mana Kutub Utara menjadi Kutub Selatan.

Mungkin dalam beberapa tahun atau ratusan tahun akan datang.

Bukan bumi yang berputar, tapi inti bumi dan kerak bumi yang diisi oleh cairan, posisi inti dan kerak yang sebenarnya berputar seperti kuning telur berputar di dalam telur.

Jadi jika ini berlaku apakah kesan terhadap kehidupan di dunia?

Satu hal yang pasti adalah jarum kompas tidak akan lagi menunjuk ke arah utara tetapi ke kutub magnet Utara yang sudah berpindah di Selatan.

Adakah cuma jarum kompas berubah arah?

Senario paling buruk mungkin melibatkan gangguan magnetik yang boleh merosakkan peralatan elektronik, satelit, elektrik atau peranti teknologi lain.

Cuba fikirkan, apabila kutub magnetik Utara bumi ada di Selatan, dari mana Matahari akan terbit? -estidotmy

Selasa, 17 Mei 2011

MALAIKAT MAUT MELAWAT KITA SETIAP 21MNT???

Bismillahirrahmanirrahim

Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai & sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiase meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari=24 jam= 1440 minit
1440 minit/70=20.571 minit
INI BERMAKNA MALAIKAT MAUT MENZIARAHI KITA SETIAP 21 MINIT!

Kawan-kawanku, kesimpulannya, sentiasalah ingat MATI..ajal boleh datang bila-bila masa….walau di mana pun kita berada, ingatlah MATI…kerana Muslim yang Cemerlang dan Berjaya sentiasa ingatkan MATI
Sentiasalah merenungi hari kematianmu kelak

Sumber : Klik Sini

Isnin, 16 Mei 2011

Kebaikan bertudung labuh dari perpektif sosial dan sains~Baca tau!

oleh Adoiiii!!Bertudung tuh biarlah menutupi dada kan cantik~ pada pada 17hb Mei 2011 pukul 9.56 pagi
Antara kelebihan yang kita akan dapat apabila bertudung labuh dari aspek sosial ialah:


1) Dapat mengelakkan daripada diraba..
-haa....yang ni admin sangat-sangat lah bersetuju..selalunya sebab utama perempuan kena gangguan seksual pon sebab dorng tu duk tayang body yang meletop tu,baju terbukak sana sini,bagi yang bertudung tapi singkat ,baju pon ketat.mana la buaya darat tak datang hinggap kan?.jadi,bila kita dah pakai tudung yang labuh,sekurangnya dihindari dari gangguan seksual kerana terlindung dari penglihatan..


2)Elakkan daripada diragut.
-Cuba korang renung-renungkan,selalunya wanita yang kena ragut mesti sebab mereka dok tayang handbag guess original depa tuhh...jalan lenggang lenggok sambil bawak handbag merupakan faktor utama berlakunya kes ragut.Oleh itu,bagi wanita yang bertudung labuh,mereka jarang sekali mengalami kes ragut sebab handbag mereka terlindung disebalik tudung labuh tu..peragut pon tak nampak mana handbag mereka...jadi selamatlah wanita itu..=)


3)Mendekatkan jodoh dengan lelaki soleh
-memang tak dinafikan,lelaki baik hanya untuk wanita yang baik.admin juga ada terbaca kisah seorang wanita yang pada mulanya bertudung labuh,namun akhirnya tidak lagi bertudung labuh kerana takut dirinya tidak dipinang,yelah,baginya lelaki tidak pandang perempuan yang bertudung labuh.errmm,tapi bagi pendapat admin,dengan bertudung labuh la kita dapat memikat hati lelaki yang beriman dan soleh.lelaki walaumacamane jahat pon dia lebih gemar memilih perempuan bertudung labuh kerana dia jamin,masih ada sifat malu di dalam diri wanita itu untuk dijadikan teman hidup :)


4)Tudung labuh sebagai pemberi hormat
-selalunya bila wanita bertudung labuh menaiki kenderaan awam,pastinya lelaki tidak akan duduk disebelahnya.lelaki lebih berasa hormat dengannya.berbanding pula dengan wanita yang seksi,apabila menaiki kenderaan awam,banyak la sang buaya yang akan duduk berdekatan dengannya.yelah,tengok wayang free sape tak nak kan? -_ Selain itu,apabila wanita bertudung labuh hendak membeli kuih contohnya,pastinya si penjual akan layan dengan cara yang bersopan santun dan memnjaga tangan mereka sewaktu menghulurkan duit baki.alangkah indahnya wanita bertudung labuh ni kan..^_^

5)Elakkan dari dapat dosa free
-Bertudung labuh ini dah dapat mengelakkan kita dari mendapat dosa free yang kita x sengaja dan tidak perasan.Ini kerana kita tidak tahu apa yang akan datang.So..prepare lah diri yer~

Aspek Sains pula

...terdapat kajian mengenai kebaikan bertudung menurut perspektif sains di dalam cuaca panas yang melampau seperti ini. Kenyataan tersebut saya temukan dari satu artikel bertajuk ‘The Science Behind The Veil’ di IslamOnline.net tulisan Karima Burns. Beliau menyatakan :


“ Keputusan dari ujian perubatan menunjukkan, 40-60 % daripada tahap kepanasan badan seseorang hilang melalui kepala, justeru sesiapa yang menutup kepala pada musim sejuk lebih mampu mengawal suhu badannya sekitar 50% berbanding yang lain.”


“Menutup kepala juga menjadi lebih penting ketika berada di dalam cuaca panas. Seorang pakar kajian otak yang terkemuka, V.G. Rocine, mendapati bahawa fosforus otak mencair pada suhu 108 darjah. Keadaan ini dengan mudah boleh terjadi jika seseorang berada secara tetap di bawah terik matahari untuk suatu tempoh waktu yang lama tanpa penutup/pelindung kepala. Ketika ini berlaku, ia boleh mengakibatkan kerosakan kekal pada otak, kehilangan memori dan kehilangan sebahagian fungsi otak.

Walaupun contoh ini kelihatan ekstrim, kerosakan otak masih boleh diukur dalam julat yang kecil kesan dari pendedahan berterusan dan keadaan kepala yang terlalu panas.”

Walaubagaimanapun, saya yakin dan percaya, walau apa pun alasan dan kajian yang ada, Muslimah yang benar-benar faham akan tuntutan syari’at dan agama, mereka menyarungkan pakaian dan tudung yang sempurna buat menutup aurat, bukanlah kerana pengaruh cuaca dan iklim setempat. Bukan juga kerana ingin meraih manfaat atau kebaikan untuk diri semata-mata. Akan tetapi, pelaksanaan itu lahir dari kepatuhan dan pengabdian seorang hamba kepada Pencipta Yang Maha Hebat. Itulah kemuncak penyerahan diri yang sebenar-benarnya kepada Allah Yang Maha Esa.

Renung2 kan yer dari admin~