Pengikut

Powered By Blogger

Ahad, 28 Mac 2021

GURU TADIKA CAMPAK MURID DITAHAN POLIS

SUMBER BERITA HARIAN : 


SHAH ALAM: Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) mahu tindakan tegas diambil terhadap seorang guru tadika yang melakukan kekerasan terhadap muridnya kerana perbuatan itu melanggar etika pendidikan.

Naib Pengerusinya, Zaharah Awang, berkata guru terbabit jelas tidak bertanggungjawab dalam memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang diamanahkan kepadanya.

"Hal ini mendatangkan kemarahan seluruh masyarakat dan ia amat menyedihkan bagi pihak pengamal pendidikan awal kanak-kanak kerana perbuatan guru itu satu kesalahan dalam etika pendidikan awal.

"PERTIM kesal terhadap kejadian ini dan memberi sokongan supaya tindakan sewajarnya diambil kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab memberi perlindungan kepada kanak-kanak itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.





Video menunjukkan guru terbabit mencampak seorang kanak-kanak tadika di Jalan Kebun, di sini, supaya memasuki barisan tular menerusi satu video semalam.

Menerusi video berdurasi 10 saat itu, wanita dipercayai guru praktikal itu dilihat menolak seorang kanak-kanak sebelum bertindak melempar dan memarahinya.

Zaharah berkata, PERTIM berharap video tular itu tidak dimanipulasikan mana-mana pihak.

"Kita meminta semua pihak termasuk ibu bapa bertenang dan memberi laluan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan