Pengikut

Powered By Blogger

Isnin, 29 Mac 2021

cerita seram : LELAKI YANG MENGUBATI JIN


Saya sering mengikuti kawan saya pergi ke mana2 asal saja ada jemputan atau di minta merawat orang sakit. Kawan saya ini bukan lah ustaz atau ternama dalam bidang rawatan namun dia ini sering saja di datangi orang atau di jemput untuk meminta perkhidmatan rawatannya.
Ada sekali dia minta saya temankan dia pergi ke suatu kampung untuk merawat seorang wanita cikgu sekolah. Dengar2 cikgu ini ada gangguan saka yang sangat mengganggu hidupnya. Asal saja mendengar ayat2 quran cikgu itu akan mengamuk,kadang2 di hinggapi penyakit gatal2 seluruh badan. Tidak kira di mana berada samada di majlis jemputan orang atau majlis anjuran sekolah kalau sakitnya datang pasti menimbulkan kerumitan.



Setelah selesai saja sesi tanya jawab antara pesakit itu dengan kawan saya,kawan saya sudah faham apa masalah cikgu itu dan kawan saya akan menggunakan kaedah rawatan yang dia rasa sesuai mengikut situasi.saya agak kali ini dia akan mendahului dengan kaedah rundingan dan perintah.
Ketika kawan saya memulakan rawatan dia memulai dialog,mungkin di tujukan pada jin yang menguasai cikgu itu. Cikgu itu menjawab tetapi tidak di fahami apa yang di katakan,mulutnya seolah di tutup dengan selotip,hanya suara berdengung2 saja yang kedengaran. Lantas saja kawan saya itu meningkatkan penglihatannya merenung jauh ke dalam diri wanita itu,dia lantas istghfar berulang2. Dia lalu berbisik pada saya,jin ini sakit.



Dia menjentik belakang saya beberapa kali dan minta saya merenung ke dalam diri wanita itu,subahanallah saya sangat jelas melihat apa yang kawan saya lihat,ketika ini bukan cikgu itu lagi yang ada di depan mata saya tetapi satu makhluk yang sangat mengerikan pada pandangan saya kerana wajahnya hampir tertutup oleh kulit2nya yang melecur,mulut dan kulit lehernya juga bercantum akibat melecur bagaikan pernah di bakar dengan api,matanya juga hampir tertutup. Bayangkan saja kulit yang di bakar sampai melecur luluh segala daging,apa bila kering dan sembuh tentu kulit tidak lagi seperti asal. Dalam hati saya patut lah cakapnya tidak di fahami kerana mulutnya tertutup.




Saya tanya kawan saya kenapa dia sampai macamtu,kawan saya jawab ini adalah kesan2 rukyah yang di lakukan oleh perawat terdahulu. Allahhuakhbar..depan mata saya lihat kawan saya merawat makhluk itu dengan membuat isyarat menyapu dengan tapak tangan ke arah kesan2 lecur itu ibarat mengukir sebuah patung lilin. Makhluk itu pulih seperti biasa.selepas itu baru lah dialog berjalan lancar dengan sempurna.Alhamdulillah sampai sekarang wanita itu sembuh sepenuhnya dan tidak lagi mengalami gangguan seperti sebelumnya.
173
32 Komen
Suka
Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan